Monday, April 18, 2016

Le Tour de Paris - Day 4

Hari ke 4 kami ke Basilica of Sacre-Coeur (the big white church)  menaiki tren sampai ke Stesen Anvers. Di situ juga kawan saya kata tempat untuk memborong souvenir. Harga souvenir lebih murah jika dibandingkan dengan harga di bandar. Rata-rata penjual di situ boleh menyebut beberapa perkataan dalam bahasa Malaysia.













Rekabentuk bangunan tersebut seperti masjid. Saya tak pasti apakah sejarah bangunan tersebut. Ia terletak di atas bukit. Kami perlu mendaki 270+ anak tangga untuk sampai ke atas.








Di separuh perjalanan ada tempat untuk bergambar dan juga terjumpa pemain muzik ini.




Kami tidak masuk ke dalam gereja tersebut. Hanya sekadar bergambar di kawasan berhampiran.



Selasai bergambar kami turun ke bawah. Lapar. Di situ juga terdapat kedai makan halal. Kami berhenti makan tengahari di situ. Sambil makan saya melihat keluar. Terdapat beberapa kumpulan orang bermain ala-ala berjudi meneka di mana kedudukan bola di bawah 3 cawan. Easy money. Jangan tertipu. Ramai orang sekeliling tapi semuanya adalah geng mereka. Mereka dengan sengaja akan meneka cawan yang obviously salah yang akan membuatkan kita tertarik untuk meneka cawan yang betul. Tekaan pertama adalah percuma. Malah kita akan diberi duit. Kemudian mereka mendesak kita meneka seterusnya. Sampai kita kerugian. Tips, jangan dekat.

Moulin Rouge juga tidak jauh dari situ, tapi kami tidak ke sana kerana mengejar masa. Kami memilih untuk melawat Cathedral of Notre Dame. Kisah Quasimodo lebih menarik dari Moulin Rouge bagi saya.

Ramainya manusia di Notre Dame. Rekabentuk bangunan tersebut memang cantik. Kemudian kami berjalan-jalan di kawasan sekitar. Harga souvenir di Notre Dame juga boleh tahan murahnya. Borong lagi di sini.




Lukisan terlarang di jual di tepi jalan sahaja. Saya distract anak-anak supaya tidak terlihat gambar-gambar ini. Tapi sempat juga snap sekeping dua ;)

Notre Dame cathedral 


Ada pulak motor seksi parking di sini


Notre dame dari belakang. Kenapa lah mereka tak potong pokok tu


Sistem sewa basikal di sana sedikit berbeza dari Glasgow.




Hotel 6🌟 tidak jauh dari Notre dame 

Kemudian kami balik ke rumah. Selesai hari keempat


No comments: