Sunday, April 17, 2016

Le Tour de Paris - Day 3

Hari ketiga, suami sahabat saya meluangkan masa untuk membawa kami berjalan sekitar Eiffel Tower. Melancong ke Paris memang tak lengkaplah kalau tidak melawat dan bergambar di Eiffel tower.

Melihatkan cuaca yang agak baik pada hari itu, dia mencadangkan kami naik ke atas pada hari tersebut. Pada awalnya saya merancang untuk naik ke atas pada keesokan hari kerana tak mahu dia bosan menunggu kami di bawah. Dia sendiri belum berkesempatan naik ke atas. Lain kali katanya. Hari itu anak-anaknya bersekolah dan isteri bekerja. 

Tiket naik ke summit

Tiket untuk kanak-kanak 8€

Tiket dewasa 12€

Walaupun binaan Eiffel tower hanyalah dari besi sahaja tetapi ikonic nya bangunan itu sangat magis. Masih tak percaya kami berada di bawah Eiffel tower. 

Paris menjana pendapatan utama melalui pelancongan. Agaknya mungkin kerana terlalu ramai pelancong menyebabkan kota Paris ini berbau hancing.















KL Tower


Pokok dipotong square

Lama juga kami di atas. Selesai mengukur Eiffel tower dia membawa kami berjalan-jalan ke tempat lain.

Saya sendiri kurang pasti nama jalannya. Tapi bangunan-bangunan di sana sangat cantik. Kami bergambar sepanjang perjalanan. Hari sudah petang.




Ada photoshoot


Aksi photographer


Dia perlu balik untuk mengambil anak-anaknya pulang dari sekolah. Kami mengambil tren ke CDG dan berpisah di situ.





Kami meneruskan perjalanan ke Musee de Lourve, lagi satu tempat wajib dilawati di Paris. Kaki dah terlampau penat. Kesian anak-anak. Mujur Muiz naik stroller yang kawan saya pinjamkan. Setelah bergambar di sekitar situ kami pun pulang ke rumah.













Sepatutnya kami singgah di Concorde tetapi anak-anak sudah terlalu penat. Kami terus balik ke rumah.

No comments: