Suami sahabat saya tolong belikan tiket tren Metro dan RER untuk kami sekeluarga. Dia belikan tiket dewasa dan kanak-kanak dalam gandaan 10 untuk dapat harga diskaun. Saya pun kurang faham pada awalnnya kenapa berkeping-keping tiket diberikan kepada kami.
Metro terdekat dengan rumahnya adalah stesen Victor Hugo M2. Perlu ditukar ke RER A di stesen CDG untuk ke Marna La Valle dan Disneyland. Tak susah pun. Sistem tren di sana amat efisyen sama seperti di Stuttgart. TETAPI, perbezaan amat besar pada pandangan saya antara Paris dan Stuttgart adalah KEBERSIHAN. Stuttgart sangat bersih tetapi di Paris sangat kotor dan berbau busuk seperti hancing. Kawan saya pernah cakap yang Paris is overrated ketika dia mula-mula sampai di sana. Paris digambarkan sebagai The city of LOVE. Benar, kerana architecture di sana amat menakjubkan tetapi kesedaran tentang kebersihan perlu dipandang serius.
Tren 2 tingkat
Tren 2 tingkat
Di La Valle, saya hanya aim 2 butik sahaja iaitu Longchamps dan Cath Kidston. Butik lain suami saya hanya masuk untuk tengok-tengok sahaja. Tak banyak bergambar di situ kerana anak-anak sangat boring. Mak nya sahaja yang bersemangat. Kami keluar dari La Valle Village dan bergambar di kawasan berhampiran.
Oh ya, semua tempat di Paris ada security check seperti di airport. Tak terimgat pula saya untuk mengambil gambar. Mereka akan check isi dalam beg dan scan metal di badan.
Selesai bergambar kami berjalan-jalan di dalam shopping mall sebelum ke tren untuk balik ke rumah.
Alhamdulillah, dinner disiapkan oleh tuan rumah.
No comments:
Post a Comment