Sunday, April 17, 2016

Le Tour de Paris - Day 2

Seperti yang dijanjikan kepada anak-anak, hari kedua kami ke Disneyland. Kami menaiki tren yang sama dengan semalam tetapi turun di stesen terakhir. Sampai di sana agak lewat dalam pukul 10am. Perancangannya mahu sampai seawal 9am tapi berjalan dengan 3 orang kanak-kanak membuatkan misi itu agak mustahil. Tiket dibeli oleh kawan saya menggunakan diskaun annual pass mereka. Kebetulan juga ada diskaun lain yang saya tak pasti namanya. Yang pasti, harga tiket diskaun untuk lawatan pada hari bekerja adalah €35/seorang untuk 2 parks.

Namun ada sedikit cabaran ketika kami cuba menukar email confirmation tersebut kepada tiket. Mungkin kami tak faham instruction yang diberi oleh kawan saya. Email tersebut perlu di bawa ke customer service, bukan ke kaunter tiket biasa untuk ditukar kepada tiket. 



Akhirnya setelah 2jam barulah kami dapat masuk. Jujur saya sangat tidak fancy Disneyland! Terlalu ramai manusia! Dan kebanyakan orang agak tidak considerate. Tambahan pula hari hujan walaupun hanya sekejap. Tapi melihat anak-anak enjoy saya pun enjoy. 



Masturah frust tak dapat bergambar dengan Brave sebab dah closed.

Mujur ada Jessie :)

Ketika menunggu Parade saya agak terkilan dengan parents yang berebut dengan anak-anak orang lain untuk duduk di bahagian depan. Ketika Parade mereka berdiri membuatkan anak-anak di belakang tidak nampak.

















p/s: Ketika parade, kamera sudah kehabisan bateri. Semua gambar captured by my IPhone 5s sahaja



No comments: