Wednesday, October 21, 2015

kari ikan salmon

disebabkan saya cuti harini, tangan rajin plak nk update blog. ada gambar tp malas nak taip :D

tumis bawang besar (sbb xde bawang merah), bawang putih, halba campur & daun kari.
sampai kekuningan
masukkan serbuk kari ikan yang dicairkan dgn sedikit air
sampai pecah minyak. lg lama lg bagus
masukkan santan dan air asam jawa
tunggu mendidih then masukkan ikan. 
boleh masukkan bendi ka tomato ka. semua itu tiada stok di rumah pada hari ini. makanya gulai botak jadinya.





Thursday, September 3, 2015

gambar sekolahsistem sekolah di sini sgt berbeza dgn sekolah di malaysia. bkn lah niat nk membanding2 kan or nk kutuk negara seniri. bkn semua elok pun kt negara org. tp bak kata saifulnang, benda elok kita amek. benda xelok jgn amek. kannn...
pandangan peribadi saya kenapa saya rasakan sistem sekolah di sini lebih baik dari Malaysia adalah:
1. cikgu xterbeban dgn kerja2 perkeranian
2. kesannya, cikgu sgt fokus dgn kerja mengajar
3. cikgu x stress sbb xbyk kerja. jd kurang marah2.
4. sekolah di sini dlm bangunan sbb sejuk. xleh kata apa lah yg tu. tp ttp ada padang di luar. padang sekolah anak saya baru siap renovate
5. silibus- mcm silibus tadika berbyr di Malaysia. Fun!
6. beg xberat. sbb xde teks book. stationaries pun disediakan di sekolah. tp klu nk bwk yg seniri punya pun boleh.
7. homework- primary 1&2 berumur 5&6 tahun. homework diorg adalah baca buku & few activities yg cikgu dah siapkan. parents bg attention je masa diorg buat di rumah
8. homework- p4&5 umur 8&9 tahun. ada activity book. tp sgt fun. saya pun xtau sgt. cthnya pelajaran tentang italy. mereka belajar semuanya (in the sense of bdk umo 7&8&9 taun) tentang italy; geografi, social, bahasa, food, attraction etc. skg sarah tgh belajar tentang france. mama mmg fail bab ni. tp ok jugak la sbb saya pun dpt belajar sesama.
9. maths pun di ajar in fun way. ada notes utk parents tentang idea utk anak2 buat activity maths or spelling di rumah
10. owh waktu sekolah is 9-3pm. klu lmbt dtg student akan dpt kupon 'late'. then parents akan dpt memo. tp memo tu x rasa intimidating langsung! ayat saiko la. diorg ckp klu lmbt, anak2 akan rugi sbb terlepas dlm pembelajaran. xde ayat cakap pasal denda or what so ever. 
11. setiap pagi student beratur ikut kelas di kawasan yg ditetapkan. cikgu kelas akan sambut dan bwk students ke kelas mereka.

byk lg nak citer nih. tp ngantuk la plak... ๐Ÿ˜ด๐Ÿ˜ด

to be continued....

gambar sekolah, kredit to gugel

Part time PHD student & full time mother....

hmm.. mcm terbalik je bunyi nya....
status belajar: PhD Full Time. tapi realiti nya I am a full time mom. So klu dh pilih nk jd full time mom, mcm mana nk full time phd kan. part time phd dalam definasi saya adalah 9-5 setiap hari. balik rumah kena fokus terhadap keluarga. klu nak buat jugak keja phd, tunggu lepas budak2 & bapak budak tido. or bangun seawal mungkin. ohhhh, cakap mmg senang... blom tercapai lagi bab tu... ada kempen bangun pukul 4 pagi di FB. terujanya! tp asal kol 4 pagi je, mata ni asik nk tutup je....
6 bln pertama di sini dulu, saya mengikuti kelas intensif yg memerlukan saya study mengalahkan zaman buat degree dulu. time tu, hari2 balik lambat. lepas masak mengadap buku. bila anak kacau, saya temper! otak skg xsama masa buat degree dulu kan. dulu pun lembab. skg apatah lagi. marah anak sbb stress baca buku tp xmasuk2. penat masak la konon. sebenarnya mmg xpandai mana pun. tp lama kelamaan saya terpikir. lama lg saya nak dok sini. 4 tahun. umo anak2 masa sampai di sini 3,5,8 tahun. klu lagi 4 tahun baru stat nk fokus utk mereka, masa tu diorg dah 7,9 & 12 tahun! owh, i will miss a lot! xsanggup rasanya. yg sulong tu tah2 xmo sembang langsung nt dgn mak dia nih. so skg saya sedang cuba bg 100% attention utk mereka bila berada di rumah. tp cabaran yg masih payah nk kurang kan adalah henpon. saya cuba utk kurangkan mengadap smartphone  bila bersembang dgn anak2. bab ni sgt susah!

semoga Allah permudahkan segala urusan kami di sini dan jauhkan kami dari segala penyakit dan musibah.

doakan kami di sini ya.

pic: kredit to gugel


pic: mine - pemandangan depan rumah menjelang maghrib

Wednesday, August 26, 2015

Alkahfi 1-10

post kalini bkn lah berniat utk bermegah2 atau riak atau apa2 yg seangkatan dgnnya. ogos genaplah setahun kami sekeluarga berkelana mencari ilmu di bumi scotland ini. kalau ditanya tentang pencapaian research phd saya, mmg tercekik nk menjawab. sbb nya mmg sgt kecik percentage nya. err nak jawab kosong percent xpatut sgt kot. tapi bukan itu tajuk post kalini.
sebenarnya saya nak share yang saya dan 2 anak perempuan saya dlm misi menghafal 10 ayat pertama dari surah alkahfi. kami bermula masa mak saya ada disini mac yg lalu. Alhamdulillah sampai hari ini anak2 telah berjaya menghafal 8 ayat! MasyaAllah... Tabarakallah... saya sgt xsangka. dan sy sendiri dpt menghafal bersama2. mak dia dh dpt 10 ayat :D. saya pernah berniat utk menghafal 10 ayat ini sejak dari malaysia lagi. tapi tiada motivasi. sy termotivasi apabila mendgr anak2 saya dpt menghafal 2 ayat dalam masa seminggu! Subhanallah! ai is kagum ok! ini mungkin disebabkan hati mereka sgt bersih. makanya senang menerima. apatah lagi kalam Allah. sekarang dalam usaha menghabiskan 2 ayat lg. semoga Allah permudahkan. misi seterusnya adalah surah almulk 1-30. 



saya tulis dan tampal di dinding utk memudahkan sesi menghafal. selalunya ketika nak tidur. hafal by sukukata. insyaAllah pasni kita belajar tafsirnya pulak. doakan kami di sini ya...


Thursday, August 13, 2015

Scottish Crannog Center

harini last day summer school holiday. pelik jugak sekolah depa ni. dlm memo tulis school holiday sampai 7hb 8. so, pikir logik sekolah start 10hb 8 la kan. tp rupanya start 13hb. saya blom mendpt justifikasi mengapa begitu adanya.. heheh...
oleh itu, sy pun amek cuti smpi 13hb & suggested to my cik abg nk pi crannog center. tgk dlm blog mana tah macam best ja.

cut the story short. perjalanan mengambil masa lebih krg 2jam driving. ada 2 route. so sy mencadangkan kami pergi dengan 1 route, balik dgn 1 lg route. tp perjalanan dgn 3 kanak2 riang adalah mustahil utk smpi dlm masa yg di estimate. paling koman pun mao dlm 2.5 jam. bawak bekal nasik lemak. buleh breakfast smpi luncheon.

tmpt ni adalah muzium org asli sebenarnya. hat kt gombak pun ceq xpi lagi. tp xpe, rezeki dpt pi tgk org asli scotland dulu.
tiket masuk : sy amek family tiket utk 2+2 = £34. muiz below 5yrs free entry.

rezeki kami jugak, harini ada special event. ada byk activity. dpt buat flower garland (kt mesia pun ada buat dr mengkuang ke apa tah kan), buat roti dr sumer bahan original. tepung & yis pun handmade. sedap gilos. depa makan sungguh sbb masa tu dh lunch time. so mmg lapar. 
beli fridge magnet je as souvenir. tp xlawa sgt.
owh, sebenaqnya nk citer pasal countryside view masa pegi dan balik. masya Allah! speechless. btol la org ckp scotland cantik. mmg cantik. utk org yg mmg appreciate scenery lah. anak saya xminat sgt. mak dia yg over. sepanjang perjalanan. subnallah, alhamdulillah, allahuakbar! tp yg sedihnya xdpt nk snap sumer view sbb xde tpt berenti. klu ada pun, susahnya nk turun sbb sumer pakat sebok nk turun. so ai is stress. seblom dreba pun stress, makcik pun jalan je le. mana sempat je snap.

gambar2 kt bwh adalah gambar dari hp masa otw balik sbb kamera gue abih bateri. really need to buy an extra bateri. so xbyk sgt. klu ada masa nt sy transfer dr kamera olympus ceq ๐Ÿ˜œ.

owh, pesanan penaja. pls folo instagram: camcaperak. ๐Ÿ˜˜



air terjun di killin. kt bawah laaaagi cantek. tp xdpt snap sbb susah nye nk parking. kebanyakkan matsaleh stay kt bnb pastu cycle je kt area situ. senang!

i reckon this the bridge yg appeared in Harry Potter. tp xingt HP yg mana 1. 

random photo kot jalan...

p/s: bila ada masa, saya akan boh sumer gambar dlm ig camcaperak insyaAllah


Tuesday, August 4, 2015

islam mendidik kita redha dan beriman kepada qada dan qadar. melayu selalu berpesan jaga kata2. takut org berkecil hati. 
adakah kerana ini bangsa kita semakin mundur. tahap pendidikan rakyat malaysia, bangsa melayu islam secara khusus amat membanggakan sekarang. tp kenapa masih terasa akan kemunduran bangsaku. adakah kerana melayu terlalu mengagungkan bangsanya? sehingga terlepa nilai2 yg dididik islam. andaikan islam dijadikan panduan hidup, pastinya hidup kita akan sejahtera. kerana islam sendiri maksudnya sejahtera. sudah sampai masa untuk kita tidak mengagung agungkan bangsa secara terlampau. tak mustahil kisah tuah jebat akan berulang. walaupun ia hanya sekadar mitos.

saya runsing melihat keadaan semasa negara saya. semoga Allah melindungi Malaysia dari kepimpinan yang zalim.

semoga Malaysia kembali sejahtera seperti dahulu dan lebih maju jaya di masa depan.

gambar hiasan: sate adalah salah satu trademark makanan Malaysia๐Ÿ˜Š


Saturday, August 1, 2015

stove top pizza... wallaaa...๐Ÿ•

muiz sgt sukaaaa pizza. klu beli instant pizza kt tesco mmg dia sorg je pulun... 
so suatu hari ada org share video cara buat pizza mudah... makanya aku pun buat lah. 

resepinya:
1/2 cup self raising flour
1/2 cup plain flour
2/3 cup warm water
pinch of salt
1 tsb honey
1 tsb yeast

sos bolognese segera๐Ÿ˜
cheese 

ini pizza vegetarian. apa benda pun xboh. 

cook for 5 min with vent closed
cook for another 10 min

hurmmm...
tp stok kt umah xde self raising flour, thanks to chef gugel

substitute self raising flour adalah:

3/4 cup all purpose flour
1 tsp baking powder
1/4 tsp salt

kuantiti yg diperlukan ada 1/2 cup,

jom kita matematik sket

3/4 cup = 1 tsp
1 cup = 1 tsp x 4/3
1/2 cup = 4/3 tsp x 2 = 8/3 tsp or 2 2/3 tsp baking powder 

klu pan 28inch tu tebal sket jd roti dia. masak api paling slow dlm 20-25 min.





2nd attempt masak dlm 2 pan. 1 besar 1 kecik. cpt sket masak nya. xsampai 10min. tp agaknya sbb api medium kot...