Jumaat lepas 4/12/15 adalah hari persembahan konsert krismas Muiz. Seperti yang kita semua sangat maklum, Krismas ni perayaan terbesar masyarakat di sini walaupun bukan semuanya adalah devoted christians. Hmmm...kenapa saya tulis begini? Sebab 8 orang classmates saya adalah kristian (on paper) & seorang Hindu. Kesemua 8 orang itu hanya ke church sewaktu kecil sahaja dan sekali sekala waktu krismas. Pada pendapat saya, mereka sebenarnya hanya mahu menjadi open minded. Tidak mahu berbicara isu-isu agama. Semua perbincangan mereka hanyalah logik akal. Namun, tidak dinafikan kesemuanya bijaksana orangnya. Ok dah. Melalut.
Berbalik kepada cerita Muiz. Muiz bersekolah di Dennistoun Early Years Nursery. Nursery adalah untuk kanak-kanak bawah 5 tahun yang berada di bawah seliaan Glasgow City Council sepenuhnya. Maksudnya FREE! Tapi ada syaratnya. Muiz berada dalam senarai menunggu selama setahun kerana semua nursery penuh. Mereka juga ada priority seperti keutamaan diberikan kepada anak-anak OKU. Muiz dapat masuk kerana priority yang dia akan bersekolah di Primary ONE pada August tahun depan, Jadi, dia mesti berada di nursery sekurang-kurangnya setahun. Di kawasan saya, ada banyak City Council Nursery. Kesemuanya adalah walking distance! Sangat convenient. Keadaan nursery-nursery ini sangat cantik dan sejuk mata memandang. Kalau di Malaysia, anda boleh bayangkan macam nursery yang mahal-mahal tu. Yang kosnya 700-1000++ sebulan. Ye, saya pernah pergi ke beberapa nursery sebegitu untuk daftarkan anak saya. Tapi kos terlalu tinggi menyebabkan saya terpaksa mencari pilihan di dalam kemampuan sahaja.
Nursery di sini bergerak secara percuma. Namun, ada juga caj yang dikenakan seperti £2.50 seminggu setiap Jumaat untuk setiap anak. Ibubapa perlu memasukkan duit ke dalam tabung yang disediakan. Ada 2 perkara yang saya nak highlight kan di sini. Pertama, £2.50 seminggu bermaksud £10 sahaja sebulan. Sangat tidak membebankan! Kedua, £2.50 yang dimasukkan ke dalam tabung adalah base on trust. Tak ada orang yang periksa sama ada kita masukkan duit atau tidak. TRUST. Apabila orang percaya, kita pun secara automatik tidak sanggup menipu. Kan?
Konsert Muiz pada Jumaat lepas dikenakan tiket berharga £3.50 untuk 1 family. Mereka juga menjual kalendar 2016 dengan gambar anak-anak berharga £1.50. Kualiti biasa sahaja. Kertas putih A4, print kaler dan laminate. Dijual di pintu masuk konsert. Konsert tersebut diadakan di kantin sekolah rendah bersebelahan nursery mereka. Persiapan sangat simple. Ada lighting disco dan anak-anak menyanyi lagu-lagu krismas. Ibubapa diingatkan untuk tidak mengambil gambar sewaktu persembahan. Polisi di sini adalah salah jika kita mengambil gambar anak orang lain tanpa kebenaran. Amazingly, tidak ada seorang pun yang mengambil gambar secara curi-curi sewaktu persembahan. Sekali lagi, TRUST!
Tapi, ada juga perkara yang merunsingkan saya. Lagu-lagu krismas yang dinyanyikan ada juga yang berunsurkan prayers. Tapi Muiz masih belum dapat menyebut perkataan English dengan baik, hanya humming sewaktu persembahan. Bersyukur juga kerana lagu dari kumpulannya agak general. Saya hanya dapat berdoa semoga anak saya dilindungi Allah.
No comments:
Post a Comment