Sunday, December 8, 2013

al insyirah


1 of my fb frens shared this....


semoga Allah permudahkan urusan kita semua di dunia dan di akhirat


p/s: ⬆️ my jawi handwriting ^_^



Wednesday, December 4, 2013

πŸ˜”

huge setback!



Thursday, October 31, 2013

susah hati....

pms kottt... :p

*gambar tiada kena mengena dgn tajuk di atas

Friday, September 27, 2013

albaghdadi learning centre sri gombak

alhamdulillah berjaya enrolled anak anakku di alc 

Tuesday, September 10, 2013

salad dressing recipe


Resipi untuk salad dressing..shared by my fren cikgu farah... tepek kt sini senang nak refer nt2 

''Minyak zaiton dlm 5 camca besar, bawang putih seulas, lada hitam dikisar kasar, jus lemon, madu dan garam.
Bwng putih, cincang halus, prrahan jus lemon dati sebiji lemon, gaul semua bahan..garam dlm secubit ja. Madu tu hgpa kna balance rasanya dgn kemasaman lemon. Bg rasa slightly manis...kacau semua so siaplah dressing salad ni.

Dlm dresding tu, bwng putih, lada hitam n minyak zaiton mmg baik untuk turunkn kolestrol''




resepi salad arab
pudina+daun ketumbar+timun jepun+yogurt+minyak zaiton+ garam n gula secukup rasa
Campur sekali Tomato diced buang pulur

Tuesday, September 3, 2013

cerita si dua kupang

bukan lagu tiga kupang nai... tahukah anda salah satu sbb kenapa harga minyak xnaik sebyk tiga kupang adalah kerana takut lagu tiga kupang ini menjadi kembali popular... hey... sapa yg nak turn back time.... kita sedang menuju wawasan doplohdoploh.... sketttt lg nak sampai....

kecoh dan penuh status facebook semlm pasal cita minyak naik rega dua kupang.... 

ok, sebagai rakyat yg mengundi saya nak menyuarakan pendapat lah... jgn skeptikal walo apa pun fahaman politik anda.... 

dua puluh sen mmg kecik sgt nilai nya... zaman sy sekolah dulu, pi sekolah bawak duit pat kupang tau... klu dua kupang lg hapah pun xleh beli la... itu cerita 20 - 30 thn dulu... sekarang ni lagi la dua kupang xde rega.... bdk2 pi sekolah bwk paling koman singgit kot... anak aku bwk 2.50 sehari.... xde brg pun kat kantin tu yg dijual dgn rega dua kupang...

tapi, jeng jeng jeng.....

dua kupang tu adalah kenaikan utk seliter... diulangi satu liter! habaq mai keta apa yg pakai minyak seliter? 

mai nak cerita sket...

sy pakai keta besa2 je, bkn hybrid bagai la... sekali isi minyak keta rm50... seblom ni rega mintak 1.90 seliter... dgn 50 tu sy dpt 26 liter minyak... tahan la 3 hari sbb umah ceq dkt ngan opis... lucky me! :P
so bila naik dua kupang ni, dgn 50 sy hanya dpt 24 liter... short 2 liter... secara idealnya sebulan dok ada 30 hari... so 30 hari bahagi 3 hari bersamaan 10 kali saya perlu mengisi minyak utk sebulan... kita blajaq matematik sat harini naa... jadi nya saya telah short 20 liter bln ini dgn bajet yg sama setiap bulan... maknanya saya perlu menaikkan bajet minyak saya lebih dari 50 ringgit... nampak tak nampak tak... ye lah, sbb isi 50 dpt 23 liter... see... dgn naiknya hanyalah si dua kupang... saya perlu tingkatkan bajet bulanan saya sebyk lebih kurang 50 hengget lg... fyi, increment gaji saya setahun lebih kurang 2 kali 50...setahun ok!  ya saya makan gaji. xde bisnes sampingan walopon dok berpikiran nak berbisnes.. hat tu kita cita lenkali :P...

owh, itu blom citer harga brg yg kompen akan naik lepas ni... eh, mesti la naikkk... depa ngantaq brg bkn naik lori isi ayaq ... huhh...

kdg2 ter wonder jugak... awat naik dua kupang... zaman tun mahathir dulu naik jugak... tp dlm sen2 je... so xde la terasa sgt.... owh, mungkin dua kupang hari ini sama nilainya dgn sen2 pada zaman itu...

dan kenapa pengumuman kenaikan sgt last minit... adakah kerna kabinet kita bekerja last minit... haish... ada ka ckp mcm tu plak... mereka sumer excellent la! takut rakyat panik kotttt... apa saja lah alasan nya... dh naik punnnn * cebik mulut... 

eh kena tukar keta kecik ke sbb minyak naik ni... kena kurangkan online offline shopping ke... kena masak je ke... seniri mao ingt la poket masing2..

mereka adalah pemimpin yg menerima tanggungjawab dari rakyat... jgn dok kata org yg dok komplen ni xbersyukur no... ini luahan rakyat marhaen sepertiku...asal ckp camni je kata kita xbersyukur... fyi, sy sgt bersyukur menjd rakyat malaysia dan sentiasa berdoa negara kita akan sentiasa maju dan berkembang....

itu sajalah cerita si dua kupang


Saturday, August 31, 2013

selamat hari merdeka Malaysia!

tanggal tiga puluh satu bulan lapan lima puluh tujuh.... jangan mengaku org malaysia klu ceq tak tau lagu ni ok... malaysia is celebrating its 56th independance day..
saya tertarik dgn status wardina.. lebih kurang camni la... malas nk pi cari n copy paste... org sebok dok tny apa maksud kemerdekaan pada org muda, tp cuba tny pada org tua, apa yg mereka dah buat sehingga generasi muda rosak sebegini rupa... hmm, something to ponder...

anyway, bila mendengar seruan MERDEKA kt tv pagi td... meremang jugak bulu roma den... sebak jugak hati ini... ya, saya sayang MALAYSIA



Thursday, August 29, 2013

cutex

a fren of mine share something useful in fb... well, at least for me😜... kegunaan cutex to muslims... xbleh calit kt kuku nai... nak kaler2 sila pi pakai inai... 
cutex yg transparent boleh dicalit pada butang2 baju supaya tidak tercabut ye... dulu aku xpeduli pun pasal butang2 nih... tp sejak ada anak sekolah nih, asik tercabut je butang la, cakuk kain la... so skg kurang la sket keje saya menjahit butang dan cakuk yg tercabut πŸ‘Œ✌

cth ini adalah cutex murah... ceq tatau brand apa... projek mencalit beads baju anakku... letih weiii, abih tercabut sumer beads nya😭


Tuesday, August 20, 2013

happy birthday to me!


i share the same birthday with this guy!
😘😍... 15th aug.... he turns 41 this year and i am 21! awww😜

Saturday, August 17, 2013

semoga islam menemui kemenangan di mesir

tak tercapai dek akal ku yg jahil ini di zaman serba canggih ini, masih ada tamadun yg menghalalkan pembunuhan manusia secara terbuka. saya tak menulis tentang peperangan harap maklum. bg yg cuba membuka mata tentang apa yg sebenarnya terjadi di palestine, mesir, syria , rohingya dll mungkin faham dgn luahan sy ini. at one point, sy rasa sy amat berterima kasih dgn kewujudan facebook. dulunya kita hanya bergantung kepada berita utama pukul 8 shj utk mengetahui berita semasa dan terkini. tp skg tidak perlu lagi. setiap minit ada update dari mesirkini contohnya. pedih hati setiap kali membaca berita2 kesyahidan para syuhada di mesir, melihat gambar2 kezaliman terhadap pembunuhan wanita dan kanak2. benar kata erdogan, anda tak perlu menjadi muslim utk bersimpati kepada rakyat mesir, anda hanya perlu menjadi manusia. 

owh saya masih tertanya2 di mana pendirian malaysia? seperti turki atau arab saudi? negara kristian seperti venezuela pun telah menyatakan pendirian mereka. di mana pendirian negara2 OIC?

ps: di kejauhan ini, hanya doa yg mampu diutuskan. semoga islam menemui kemenangan mutlak di bumi mesir. 

ameen

Monday, May 6, 2013

pru13, malaysia memilih

saya menulis di atas kapasiti seorang pengundi berdaftar di Malaysia. 2013, Malaysia memilih. entah kenapa hati ini pilu mengenangkan rakyat malaysia masih belum mahu berubah. namun, percaturan Allah lebih besar. ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku. bila menulis sesuatu yg pro kepada pakatan rakyat, kita dikatakan rakyat yg tidak bersyukur. hakikatnya, sy amat bersyukur hidup di bumi malaysia. sgt berbangga pernah mempunyai pemimpin sehebat tun mahathir. ingatkah anda, pd thn 1998, malaysia dikejutkan dgn kes liwat anwar ibrahim. rentetan dari itu, anwar dgn pengaruhnya telah berjaya mencetuskan reformasi. menyedarkan sesetengah rakyat tentang korupsi yg wujud dlm negara kita. sy terlalu naif ketika itu. tidak faham dgn jelas apakah yg dimaksudkan dgn reformasi. tetapi yg sy tahu sy tidak dpt menerima tentang keaiban anwar ibrahim yg dibuka secara melampau. buletin utama ketika itu tanpa segan silu memaparkan kisah liwat anwar secara terbuka. pendapat sy secara peribadi, sejak itu tv3 sudah menjd ejen rasmi BN utk hanya memaparkan kisah2 baik dan hebat tentang BN shj. selain dari BN sila paparkan kisah2 buruk shj. oh, bunyinya sudah agak sama dgn CNN. mereka menafikan hak rakyat utk mendapat berita sebenar. sy sudah bosan dgn kempen berat sebelah BN. dan sy ingin merasakan angin perubahan yg cuba dibawa PR. jgn mainkan sentimen perkauman lagi. sbb sama ada BN atau PR, isu perkauman akan sentiasa ada di malaysia. andai anda penyokong BN, jgn kata minda saya korup. sbb sy xpernah melabelkan anda apa2. sy pernah memandang tinggi kpd BN. tp hanya ketika di bawah pimpinan tun mahathir. persaingan kempen kali ini sgt kotor. BN menggunakan segenap ruang media yg ada di malaysia utk merealisasikan impian mereka. pada pendapat sy yg jahil dlm bidang politik ini, tindakan sebegini adalah kerana mereka takut hilang kepercayaan dr rakyat. biar rakyat dengar yg baik2 shj dr mereka. dgr yg buruk2 shj dr pihak lawan. adilkah begitu? sekiranya anda yg membaca ini golongan bijak pandai lepasan universiti waima tidak sekalipun, dgn jujur sila nyatakan pendapat anda. dimanakah keadilan di sini. letak sebelah dahulu isu kalimah Allah, isu perkauman, isu melenyapkan hak istimewa org melayu, kes2 seksual dll. tidak pernah sekali pun media memberikan mereka ruang utk memperjelaskan isu2 ini. andai ada sekalipun, ianya telah diedit utk memenuhi kepuasan BN. antara perbezaan ketara yg dpt dilihat pada pru kali ini ialah perang di laman sosial. pesan sy, wahai anak melayu, andai anda tidak daftar mengundi dan tidak tahu hujung pangkal tak payah la susah2 nak share apa2 dr facebook anda. pastikan dulu dr mana sumbernya. dilihat dr laman sosial seperti ramai penyokong PR. hakikatnya anda tidak memangkah pun. jd suara anda tidak dikira. para penganalisa politik yg berkelayakan utk berckp dilihat lebih pro BN. tp selepas keputusan pru13 dikeluarkan barulah dilihat penganalisa politik membenarkan apa yg sebenarnya berlaku di dlm malaysia. rakyat mmg inginkan perubahan. jika BN tidak mampu atau tidak mahu buat, beri peluang kepada PR. tetapi, Allah belum mengizinkan ia berlaku. lihat shj sejarah sultan muhammad alfateh, misi penaklukan konstantinopel sudah diusahakan sejak beberapa keturunan. namun hanya ketika zamannya shj diizinkan Allah utk terjd dan semuanya dgn bersebab. sedarkah kita bahawa pengundi2 cina dgn jelas telah bersatu hati memberi kepercayan kepada dap. di laman2 sosial ada cubaan utk menakutkan org melayu kenyataan ini. mereka memilih. kita juga memilih. mengapa perlu menakut2kan rakyat. cina telah bersatu menolak BN. mca sejak dari dahulu ditolak oleh kaum cina pulau pinang. yg memerintah pulau pinang sebelum dap adalah parti gerakan. mereka berselindung di bawah payung dacing. apa benar pemerintahan dahulu adalah lebih baik drpd pemerintahan sekarang. hakikatnya pemerintahan pulau pinang mmg ditentukan oleh kaum cina tidak kira sama ada BN atau PR. melayu pulau pinang takut dipinggirkan seperti melayu singapura. jd kaum melayu sgt bergantung kpd hak istimewa org melayu. secara rambang rata2 nmpk seperti ramai anak2 muda cina yg keluar mengundi. rsnya mereka sudah disedarkan oleh golongan tua utk terus mendaftar apabila usia mencecah 21 thn. anak melayu pd usia ini masih tidak peduli dgn hal politik negara. mungkin kerana hak istimewa itu agaknya. sy disedarkan oleh arwah ayah. sehari selepas harijadi sy yg ke-21, arwah ayah bawa saya ke pejabat pendaftaran (krg pasti nama sebenarnya) utk daftar mengundi. terima kasih ayah. sudah 3x sy memilih. walau kali ini agak mendukacitakan, namun gelombang perubahan sudah semakin dirasai.
berbalik kepada hak istimewa melayu, benarkah jika PR mengambil alih tampuk pemerintahan hak istimewa ini akan dimansuhkan. anda tidak tahu, sy juga tidak tahu. sy berpendapat jika stesen2 tv atau radio membenarkan PR menjelaskan isu ini secara telus, mungkin rakyat akan lebih memahami dan berfikir tentang benar atau tidak isu ini. benarkah jika PR memerintah, anak2 kita tidak akan berpeluang masuk universiti. sekali lagi, dgr dahulu penjelasan mereka. anjurkan bahas atau debat di antara BN dan PR. dgr , fikir dan pilih. sy tidak kata PR itu 100% betul dan bagus. tp saya sudah terlalu muak dgn paparan dan sogokan berat sebelah dari semua media tempatan. jadi sy pilih utk tidak lagi terus percaya dgn apa yg sy lihat dan dengar di tv, radio dan akhbar. sy perlu mencari sumber lain utk mengesahkan maklumat yg sy dpt dr tv, radio dan akhbar. untungnya sekarang di zaman teknologi ini, internet lebih reliable dr yg lain2. tp utk sy, sy akan pastikan sumbernya dahulu. jgn percaya bulat2 hanya dgn membaca headline.
akhir kata, wahai sahabat, adik2, anak2 dan semua, bukalah minda anda. jgn terus menghukum. jgn terus percaya. berbaliklah kepada perkara asas. iqra'

pengundi kecewa
kedah -P018, N36

Saturday, April 27, 2013

undilah [ X ]

my vote counts... ckp byk pun xguna... pergilah mengundi..pastikan undi tidak rosak :P

Sunday, April 7, 2013

jom tukar keta 😜

merujuk kepada entry seblom ni... salah saya xdpt info yg benarπŸ˜•... rupa2nya ada slot manifesto pembangkang utk 10min... ok la tu... tp masa dok iklan xdak plak depa habaq ada... hmmm... apa2 lah... kesimpulannya sesapa pun menang harga kereta dijanjikan turun... maka pakat2 la kita beli keta baru😜

Saturday, April 6, 2013

mari mengundi

saya bkn penyokong tegar mana2 parti tp bila sy bukak tv3 nk tgk berita sbb nk tgk muka abg saya kuar tv, rupanya berita dh abih. tv3 sanggup cut down masa buletin utama utk memberi laluan kepada manifesto bn secara langsung. pendapat setengah sen saya la kan, klu BN dpt umum manifesto depa live kt tibi, pembangkang pun kena dpt live telecast jugak kot. fair and square. biar rakyatvpilih secara bijak. tp rakyat malaysia sumer bijak2 belaka. marilah mengundi. peace ^_^

Saturday, March 23, 2013

seksi itu hak saya

2-3 hari lepas terbaca statement ini drpd cekta kita yg tgh hangat di pasaran skg... jauh di sudut hati, terdetik... statement yg sgt pendek akal... sungguh la bagai dikata, org cantik xsemestinya bijak.. tp nk jd bijak kan kena usaha... kena ada ilmu...nk dpt ilmu kena la cari...klu anda dianugerahkan Allah dgn kecantikan yg tiada taranya... cari la sedikit ilmu supaya seimbang rupa yg cantik dgn otak yg berisi... sigh*
owh, dan saya amat berbangga apabila statement itu dikomen oleh dr harlina haliza siraj.. xpenah berjumpa dgn beliau tp sll mendgr cerita2 hebat tentang beliau. kakak sy pernah bekerjasama dgn dr har. katanya, setiap biji butir yg keluar dr mulutnya bkn ckp2 kosong. semuanya berisi. padat. seorg rakan fb pernah share 1 keratan akhbar thn 1984. (eh, sy blom sekolah lg masa tuh :D). dr har merupakan pelajar terbaik sekolah nya utk spm 1983. bercita2 menjadi seorg o&g(skrg dia adalah o&g di hukm). bertambah kagum sy dgn tokoh ini.
beliau menyatakan pendapatnya terhadap cekta secara global di dlm blognya. dan sy berpendapat dia tidak menyerang cekta secara individu. kepada yg mengecam entry tersebut, bwk2 la bertaubat. mari kita hisab diri masing2. xyah nk kondem sana sini klu xde poin yg kukuh. komen dr blog tersebut sgt positif dan bersifat ilmiah. mungkin org bijak pandai je kot yg baca blog dr har nih :D.
dan ada 1 blog hiburan telah paste entry dr har ini dlm blog mereka. membaca komen2 di situ, jelas perbezaan tahap keilmuan pengomen2 tersebut. owh, ye saya baca blog hiburan juga ye :P.
dgn ini sy mendoakan supaya sy akan sentiasa dpt berubah ke arah kebaikan dan istaqamah dgn perubahan2 itu. dan mendoakan supaya dibukakan hati org lain utk berubah ke arah kebaikan juga.

ps: nk share link dr har tp xpandai sbb pakai tepon. just ask mr google eh...

Tuesday, March 12, 2013

iqra'

iqra' adalah ayat pertama yg diturunkan kepada rasulullah saw...
iqra' (bacalah) adalah kunci kejayaan...
dgn membacalah ilmu diperolehi...
dgn membaca saya kenal sultan muhammad alfateh, salahuddin al ayubi, albiruni, alfarabi,arrazi, imam syafie, imam hambali.... baru abih baca takat tu..^_^ .. well, better than nothing kan...
membaca juga adalah proses wajib utk bakal2 phd holder... setahun yg pertama mungkin akan dihabiskan untuk mengumpul bahan2 bacaan seperti jurnals, conference papers dsb... agaknya lah... sy blom jd doktot lagi... hihihi... tp yg pasti sebelum memulakan apa2 projek...kita perlu mencari info untuk dikaji...
di zaman serba canggih skg, bahan bacaan di hujung jari anda... facebook dh jd seperti sebuah kerajaan seperti kata katy perry... heh..awat aku quote ckp retis nih... ada benarnya...btoi dak :D
mcm2 boleh didapati dr facebook skg... tp hati2 kwn2... bkn semuanya benar... kita perlu berfikir secara kritis bkn telan bulat2... kan dh ckp td... semua perkara perlukan ilmu di dada... mcm mana nk dpt ilmu? membacalah anak2ku... chewahhh

itu saja... chiaooo ^_^

Monday, March 11, 2013

kisah kek mahal ^_^

kek secret recipe is ridiculously mahal skg ok! 1 slice for rm10! what??!! 3-4 bln sekali buleh la kot... nk mkn selalu cam xgamak plak... ok beli tepung balik buat seniri😜

Sunday, March 10, 2013

Al-Fatihah

Penghulu segala ayat di dalam Al-Quran...

9/3/03 bersamaan 6 Muharram - my ayah passed away, after battling with brain tumor for months. sedar tak sedar dah 10 thn ayah pergi meninggalkan kami...

thn lepas tarikh yg sama, kami bertolak ke acheh... famili trip.. bawak mak melawat acheh... unbelievable experience... thn lepas sempat jugak aku order nasik lemak mak zie utk disedekahkan kpd kwn2 opis... i never forget the date... thn ni mak zie plak xbpe sihat... nk order kt org lain xsedap :P...

anyhow, alfatihah disedekahkan utk arwah ayah, Haji Hussain bin Ariffin... thn ni xsempat nk kenuri or nk buat tahlil di surau... di rumah shj :D

rabbighfirli waliwalidayya warhamhuma kama rabbayani soghiro...

Thursday, March 7, 2013

bingka tepung beras

tried to make one yesterday. as usual, rasa ada rupa out πŸ˜‘.