saya menulis di atas kapasiti seorang pengundi berdaftar di Malaysia. 2013, Malaysia memilih. entah kenapa hati ini pilu mengenangkan rakyat malaysia masih belum mahu berubah. namun, percaturan Allah lebih besar. ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku. bila menulis sesuatu yg pro kepada pakatan rakyat, kita dikatakan rakyat yg tidak bersyukur. hakikatnya, sy amat bersyukur hidup di bumi malaysia. sgt berbangga pernah mempunyai pemimpin sehebat tun mahathir. ingatkah anda, pd thn 1998, malaysia dikejutkan dgn kes liwat anwar ibrahim. rentetan dari itu, anwar dgn pengaruhnya telah berjaya mencetuskan reformasi. menyedarkan sesetengah rakyat tentang korupsi yg wujud dlm negara kita. sy terlalu naif ketika itu. tidak faham dgn jelas apakah yg dimaksudkan dgn reformasi. tetapi yg sy tahu sy tidak dpt menerima tentang keaiban anwar ibrahim yg dibuka secara melampau. buletin utama ketika itu tanpa segan silu memaparkan kisah liwat anwar secara terbuka. pendapat sy secara peribadi, sejak itu tv3 sudah menjd ejen rasmi BN utk hanya memaparkan kisah2 baik dan hebat tentang BN shj. selain dari BN sila paparkan kisah2 buruk shj. oh, bunyinya sudah agak sama dgn CNN. mereka menafikan hak rakyat utk mendapat berita sebenar. sy sudah bosan dgn kempen berat sebelah BN. dan sy ingin merasakan angin perubahan yg cuba dibawa PR. jgn mainkan sentimen perkauman lagi. sbb sama ada BN atau PR, isu perkauman akan sentiasa ada di malaysia. andai anda penyokong BN, jgn kata minda saya korup. sbb sy xpernah melabelkan anda apa2. sy pernah memandang tinggi kpd BN. tp hanya ketika di bawah pimpinan tun mahathir. persaingan kempen kali ini sgt kotor. BN menggunakan segenap ruang media yg ada di malaysia utk merealisasikan impian mereka. pada pendapat sy yg jahil dlm bidang politik ini, tindakan sebegini adalah kerana mereka takut hilang kepercayaan dr rakyat. biar rakyat dengar yg baik2 shj dr mereka. dgr yg buruk2 shj dr pihak lawan. adilkah begitu? sekiranya anda yg membaca ini golongan bijak pandai lepasan universiti waima tidak sekalipun, dgn jujur sila nyatakan pendapat anda. dimanakah keadilan di sini. letak sebelah dahulu isu kalimah Allah, isu perkauman, isu melenyapkan hak istimewa org melayu, kes2 seksual dll. tidak pernah sekali pun media memberikan mereka ruang utk memperjelaskan isu2 ini. andai ada sekalipun, ianya telah diedit utk memenuhi kepuasan BN. antara perbezaan ketara yg dpt dilihat pada pru kali ini ialah perang di laman sosial. pesan sy, wahai anak melayu, andai anda tidak daftar mengundi dan tidak tahu hujung pangkal tak payah la susah2 nak share apa2 dr facebook anda. pastikan dulu dr mana sumbernya. dilihat dr laman sosial seperti ramai penyokong PR. hakikatnya anda tidak memangkah pun. jd suara anda tidak dikira. para penganalisa politik yg berkelayakan utk berckp dilihat lebih pro BN. tp selepas keputusan pru13 dikeluarkan barulah dilihat penganalisa politik membenarkan apa yg sebenarnya berlaku di dlm malaysia. rakyat mmg inginkan perubahan. jika BN tidak mampu atau tidak mahu buat, beri peluang kepada PR. tetapi, Allah belum mengizinkan ia berlaku. lihat shj sejarah sultan muhammad alfateh, misi penaklukan konstantinopel sudah diusahakan sejak beberapa keturunan. namun hanya ketika zamannya shj diizinkan Allah utk terjd dan semuanya dgn bersebab. sedarkah kita bahawa pengundi2 cina dgn jelas telah bersatu hati memberi kepercayan kepada dap. di laman2 sosial ada cubaan utk menakutkan org melayu kenyataan ini. mereka memilih. kita juga memilih. mengapa perlu menakut2kan rakyat. cina telah bersatu menolak BN. mca sejak dari dahulu ditolak oleh kaum cina pulau pinang. yg memerintah pulau pinang sebelum dap adalah parti gerakan. mereka berselindung di bawah payung dacing. apa benar pemerintahan dahulu adalah lebih baik drpd pemerintahan sekarang. hakikatnya pemerintahan pulau pinang mmg ditentukan oleh kaum cina tidak kira sama ada BN atau PR. melayu pulau pinang takut dipinggirkan seperti melayu singapura. jd kaum melayu sgt bergantung kpd hak istimewa org melayu. secara rambang rata2 nmpk seperti ramai anak2 muda cina yg keluar mengundi. rsnya mereka sudah disedarkan oleh golongan tua utk terus mendaftar apabila usia mencecah 21 thn. anak melayu pd usia ini masih tidak peduli dgn hal politik negara. mungkin kerana hak istimewa itu agaknya. sy disedarkan oleh arwah ayah. sehari selepas harijadi sy yg ke-21, arwah ayah bawa saya ke pejabat pendaftaran (krg pasti nama sebenarnya) utk daftar mengundi. terima kasih ayah. sudah 3x sy memilih. walau kali ini agak mendukacitakan, namun gelombang perubahan sudah semakin dirasai.
berbalik kepada hak istimewa melayu, benarkah jika PR mengambil alih tampuk pemerintahan hak istimewa ini akan dimansuhkan. anda tidak tahu, sy juga tidak tahu. sy berpendapat jika stesen2 tv atau radio membenarkan PR menjelaskan isu ini secara telus, mungkin rakyat akan lebih memahami dan berfikir tentang benar atau tidak isu ini. benarkah jika PR memerintah, anak2 kita tidak akan berpeluang masuk universiti. sekali lagi, dgr dahulu penjelasan mereka. anjurkan bahas atau debat di antara BN dan PR. dgr , fikir dan pilih. sy tidak kata PR itu 100% betul dan bagus. tp saya sudah terlalu muak dgn paparan dan sogokan berat sebelah dari semua media tempatan. jadi sy pilih utk tidak lagi terus percaya dgn apa yg sy lihat dan dengar di tv, radio dan akhbar. sy perlu mencari sumber lain utk mengesahkan maklumat yg sy dpt dr tv, radio dan akhbar. untungnya sekarang di zaman teknologi ini, internet lebih reliable dr yg lain2. tp utk sy, sy akan pastikan sumbernya dahulu. jgn percaya bulat2 hanya dgn membaca headline.
akhir kata, wahai sahabat, adik2, anak2 dan semua, bukalah minda anda. jgn terus menghukum. jgn terus percaya. berbaliklah kepada perkara asas. iqra'
pengundi kecewa
kedah -P018, N36
1 comment:
aku pon frust gak (wpun xleh blk undi sbb dok ada kat kl). nak jgk tgk kali ni msia ditadbir pemerintah lain yg rasanya lebih memahami suara rakyat. tapi apakan daya...masih ada sesetgh pihak yg buta mata, hati, perut dgn sogokkan wang ringgit dan fitnah2 melampau ie. porno vid utk burukkan pihak lawan. frust!
Post a Comment