Friday, February 26, 2016

Adab dan akhlak

Kita mengajar ajar anak-anak kita tentang adab dan budi bahasa di rumah dan sekolah. Tetapi contoh yang ditunjukkan oleh ahli politik sekarang amat menyedihkan. Lontaran kata-kata seperti mengumpamakan seseorang itu berperangai seperti anjing, menyebut rakan seperjuangan sebagai seorang yang bodoh menunjukkan tahap pemikiran dan akhlak seseorang itu. 
Berfikir tentang bagaimanakah akhlak generasi anak cucu kita di masa akan datang amat menakutkan. 
Semoga kita semua sentiasa berada di dalam rahmat Allah.
Ya Allah sejahterakanlah negaraku dan selamatkanlah negaraku dari pemimpin pemimpin yang zalim....😢





Wednesday, February 10, 2016

Fabric Warehouse & Glasgow Halal Foodtruck

Harini rezeki ternampak halal foodtruck di tepi jalan. Tapi di sini tak boleh parking sembarangan. Kebetulan pula foodtruck tersebut berada di kawasan parking warehouse yang agak luas. Parking £4 kalau anda bukan pelanggan warehouse tersebut. Remnant Kings Warehouse, macam Kamdar, Nagoya dan seangkatan dengannya. Menarik sangat! Tapi harga agak mahal untuk student seperti saya. Kami masuk ke warehouse tersebut dan membeli 1 benang putih. Selesai shopping, kami pun keluar dan terus ke foodtruck tadi. 


Fabric Superstore katanya. parking mmg bapak besau...
Parking spaces

Serius design2 di sini sangat cantik. Design yang susah nak jumpa di Malaysia
Owh, bukan kedai kain ela untuk buat baju ye. Lebih kepada curtain, cadar etc.

Pandangan sisi foodtruck tersebut

Pandangan depan. Ada 4 cctv ok

Monday, February 8, 2016

Hobi diy

salah satu hobi yang dapat mengurangkan kadar stress saya adalah projek diy. suami asyik komplen banyak sangat kotak di dalam rumah kami yang sekangkang kera ini. saya mencari-cari idea di internet. terjumpa diy kotak majalah di pinterest. ok, worth a try. kebetulan baru beli stiker di bonnypack. corak ala-ala cath kidston kononnya. segulung £2.10/1.5m without vat. seterusnya adalah cerita bergambar.

kotak dari chung ying

kotak yang telah ditanda

kotak yang telah dipotong

pandangan tepi 

kotak yang telah ditampal dengan sticker

pandangan depan. comot. tapi takpe, bila letak magazines nanti tak nampak pun 😊. saiz lebih kurang 2.5 x lebih besar dari saiz standard

3 kotak berjaya di diy kan 🤗

Tuesday, January 19, 2016

Salji di Glasgow 16/1/16

Salji datang lagi! Seharian. Dari pagi sampai malam. Pagi itu, sejuk nya luar biasa. Well, biasa sebenarnya di glasgow ini. tapi tidak untuk saya. Sedang saya dan suami berjalan-jalan di pekan kecil di sini, tiba-tiba ternampak habuk-habuk putih di depan mata dan saujana mata memandang. Perasaan yang sangat magis. Rezeki kali ini Allah turunkan salji di hujung minggu. Sedang saya bersantai tanpa banyak memikirkan masalah. Tahun lepas, salji turun di tengah minggu. Ditambah pula ketika itu saya di dalam minggu peperiksaan. Magis nya tidak dirasai seperti tahun ini. Dalam masa 2-3 jam, salji sudah mencecah setengah kaki tebalnya. Allahuakbar, Subhanallah, MasyaAllah. Kelihatan semua nya bertukar menjadi putih. Allah warnakan bumi ini putih seputih putihnya dengan salji. Saya sangat terpana dengan pemandangan ini. Pemandangan yang selama ini dilihat di kaca tv atau di dalam internet sahaja, jelas di tunjukkkan didepan mata. Bayangkan seolah-olah Narnia di depan mata. Seharian salji diturunkan, cukup untuk 2 hari anak-anak bermain sesungguh hati. Hari ketiga, hujan rintik-rintik membawa pergi salji itu. I was and am still overwhelmed. 
Saya pernah terbaca poem mereka. Memohon tuhan berikan salji supaya anak anak gembira, kerana winter di sini sangat sejuk dan kelam. 
Alhamdulillah. Terima kasih Allah. 








Friday, December 18, 2015

Kek coklat dan Xmas dinner

Anak bertuahku pagi ini bagitau hari ini ada krismas dinner at school. Kena bawak food. What???!!!! Pukul 8am ok! Saya tanya ada surat tak? Dia cakap surat kan dah bagi haritu. Owh, alamak, mama lupa. Apa nak bawak ni? 
Dalam kelam kabut tu, saya terfikir kek microwave saja lah yang sempat. Makanya cepat-cepat cari tupperware microwave safe. Kemudian, check bahan-bahan penting;
serbuk koko ✅
tepung✅
gula✅
baking powder ✅
soda bicarbonate ✅
telur✅
susu✅
minyak✅
vanilla extract ✅
ahhh, semua ada, Alhamdulillah.....
Dalam Facebook, semua dalam ukuran 4sudu besar. Tapi untuk anak bertuah ni, saya buat 1/3cup untuk semua dan telur 2 biji. Fungsi telur adalah untuk memastikan semua bahan grip together kan. Saya assume je. Jadi, sebijik telur mungkin tak cukup. Kacau semua sekali dengan lajunya sebab dah tak banyak masa. Bila dah dapat konsistensi yang betul, terus masuk microwave. Instead of 4 minit, saya buat 6 minit. Alhamdulillah, jadi jugak kek express saya. Sempat la untuk cik kak tu bawa ke sekolah.

Petangnya, bila saya balik ke rumah, kek itu ada di atas meja. Hmmm, false alarm lagi rupanya. Krismas dinner maksudnya makan free. Haih la anak. Mak pun sama juga lah sengal nya. Tapi, Alhamdulillah dapat makan kek coklat petang ni beramai-ramai. Rezeki....

Kek coklat express

Friday, December 11, 2015

Surat dari sekolah

ok. hari ini saya nak share tentang sistem pendidikan di sini pulak. bukanlah sistem pendidikan sangat sebenarnya. mungkin lebih kepada sokongan kepada sistem pendidikan di sini.
komunikasi sekolah dan ibubapa lebih kurang sama dengan sistem di Malaysia di mana anak-anak menjadi posmen antara sekolah dan ibubapa. 

Hari ini saya dapat 3 surat dari masturah;

yang pertama surat dari NHS tentang penjagaan gigi. surat ini datang secara berkala. maksudnya setiap tahun saya akan dapat surat ini pada bulan yang sama. maisarah tak ada pula. mungkin untuk infant students sahaja. infant student adalah P1-P3 yang berusia 5-7 tahun. Ada borang yang perlu diisi oleh ibubapa dan perlu dipulangkan kepada sekolah.

Surat yang kedua adalah pamphlets sebenarnya. Pamphlet tentang cadangan lunch pack dan snacks untuk anak-anak. Sangat informative untuk memastikan diet sihat anak-anak. Owh, kantin sekolah di sini tidak boleh menjual sebarang makanan sesuka hati. Ada peraturan yang perlu diikuti dan council di sini menyediakan makanan percuma untuk P1-P3 kepada sesiapa yang berminat (bukan untuk org miskin shj). Manakala P4-P7 perlu membayar £2 kalau tak silap saya untuk set makanan yang disediakan. Menu mereka amat menarik, ada aiskrim tapi syaratnya anak-anak perlu menghabiskan semua makanan termasuk sayuran di dalam pakej masing-masing dahulu. Anak kawan saya mengikuti program tersebut tetapi dia kurang berminat dengan sayur, jadi dia tak dapat makan aiskrim tersebut. Esoknya, dia tak mahu lagi menyertai program tersebut. Saya memilih untuk tidak terlibat dengan program tersebut kerana bimbang anak tersalah ambil makanan walaupun ada menu halal dan vegetarian disediakan. Di luar kawasan sekolah pula, tiada peniaga-peniaga jajan yang berniaga seperti di luar kawasan sekolah di Malaysia. Pelajar-pelajar pula sebenarnya tidak boleh meninggalkan kawasan sekolah tanpa penjaga. Cikgu setiap kelas yang akan pastikan ada penjaga yang mengambil pelajar pulang dari sekolah. Ini jauh beza dengan Malaysia. Salah satu sebabnya mungkin kerana terdapat banyak sekolah di dalam satu kawasan penempatan. Jadi pelajar-pelajar di setiap sekolah tidak terlalu ramai. Contohnya, di sekolah anak saya, maksimum pelajar setiap kelas adalah 30 orang. Setiap P mempunyai 2 kelas (P1a & P1b atau P5/4 & P5). Jadi dari P1-P7; 7*2*30=420 pelajar. Sekolah kita terutama di kawasan bandar mungkin mencecah 1000 orang untuk 1 sesi. MUNGKIN. Saya tiada data untuk di verify. Juga, waktu persekolahan di sini adalah 9am-3pm, bukan7.30am-1.30pm. Jadi, memang jauh berbeza lah dengan Malaysia. Bukan niat saya untuk membandingkan dengan tanahair saya kerana bukan semua nya indah dan baik-baik sahaja di sini. Tetapi, sekiranya ada yang baik dan elok yang boleh kita contohi, apa salahnya kan.

Surat ketiga adalah notis tentang persembahan Krismas anak-anak yang akan berlangsung pada minggu hadapan. Ini pun ada ceritanya. InsyaAllah, saya akan tulis di entry yang lain.

Jadi, merujuk kepada surat 1 & 2, pandangan saya sebagai rakyat marhain, cukai yang dikenakan kepada rakyat telah dikembalikan kepada rakyat dengan adil. Walaupun masih ada juga rakyat tempatan yang kurang berpuas hati dengan kerajaan mereka, tapi secara asasnya perkara yang penting telah dijaga dengan baik. Perkara penting yang dimaksudkan adalah seperti kesihatan dan pendidikan yang nampak sangat tersusun. 

ps: Sebenarnya, saya tidak layak untuk bercakap tentang ini kerana sebagai pelajar antarabangsa, saya tidak dikenakan cukai. Tetapi, menurut rakan-rakan expart Malaysia di sini, cukai-cukai yang dikenakan di sini tidak membebankan mereka.

Ok, sampai di sini dulu kisah kali ini. Nanti kita sembang lagi.

Surat dan borang dari NHS


High quality pamplet yang dikeluarkan oleh city council (aka Majlis Perbandaran)

Notis dari sekolah diprint dari kertas a4 biasa dan dipotong separuh.

Tuesday, December 8, 2015

Konsert Krismas Muiz

Jumaat lepas 4/12/15 adalah hari persembahan konsert krismas Muiz. Seperti yang kita semua sangat maklum, Krismas ni perayaan terbesar masyarakat di sini walaupun bukan semuanya adalah devoted christians. Hmmm...kenapa saya tulis begini? Sebab 8 orang classmates saya adalah kristian (on paper) & seorang Hindu. Kesemua 8 orang itu hanya ke church sewaktu kecil sahaja dan sekali sekala waktu krismas. Pada pendapat saya, mereka sebenarnya hanya mahu menjadi open minded. Tidak mahu berbicara isu-isu agama. Semua perbincangan mereka hanyalah logik akal. Namun, tidak dinafikan kesemuanya bijaksana orangnya. Ok  dah. Melalut.

Berbalik kepada cerita Muiz. Muiz bersekolah di Dennistoun Early Years Nursery. Nursery adalah untuk kanak-kanak bawah 5 tahun yang berada di bawah seliaan Glasgow City Council sepenuhnya. Maksudnya FREE! Tapi ada syaratnya. Muiz berada dalam senarai menunggu selama setahun kerana semua nursery penuh. Mereka juga ada priority seperti keutamaan diberikan kepada anak-anak OKU. Muiz dapat masuk kerana priority yang dia akan bersekolah di Primary ONE pada August tahun depan, Jadi, dia mesti berada di nursery sekurang-kurangnya setahun. Di kawasan saya, ada banyak City Council Nursery. Kesemuanya adalah walking distance! Sangat convenient. Keadaan nursery-nursery ini sangat cantik dan sejuk mata memandang. Kalau di Malaysia, anda boleh bayangkan macam nursery yang mahal-mahal tu. Yang kosnya 700-1000++ sebulan. Ye, saya pernah pergi ke beberapa nursery sebegitu untuk daftarkan anak saya. Tapi kos terlalu tinggi menyebabkan saya terpaksa mencari pilihan di dalam kemampuan sahaja.

Nursery di sini bergerak secara percuma. Namun, ada juga caj yang dikenakan seperti £2.50 seminggu setiap Jumaat untuk setiap anak. Ibubapa perlu memasukkan duit ke dalam tabung yang disediakan. Ada 2 perkara yang saya nak highlight kan di sini. Pertama, £2.50 seminggu bermaksud £10 sahaja sebulan. Sangat tidak membebankan! Kedua, £2.50 yang dimasukkan ke dalam tabung adalah base on trust. Tak ada orang yang periksa sama ada kita masukkan duit atau tidak. TRUST. Apabila orang percaya, kita pun secara automatik tidak sanggup menipu. Kan?

Konsert Muiz pada Jumaat lepas dikenakan tiket berharga £3.50 untuk 1 family. Mereka juga menjual kalendar 2016 dengan gambar anak-anak berharga £1.50. Kualiti biasa sahaja. Kertas putih A4, print kaler dan laminate. Dijual di pintu masuk konsert. Konsert tersebut diadakan di kantin sekolah rendah bersebelahan nursery mereka. Persiapan sangat simple. Ada lighting disco dan anak-anak menyanyi lagu-lagu krismas. Ibubapa diingatkan untuk tidak mengambil gambar sewaktu persembahan. Polisi di sini adalah salah jika kita mengambil gambar anak orang lain tanpa kebenaran. Amazingly, tidak ada seorang pun yang mengambil gambar secara curi-curi sewaktu persembahan. Sekali lagi, TRUST!

Tapi, ada juga perkara yang merunsingkan saya. Lagu-lagu krismas yang dinyanyikan ada juga yang berunsurkan prayers. Tapi Muiz masih belum dapat menyebut perkataan English dengan baik, hanya humming sewaktu persembahan. Bersyukur juga kerana lagu dari kumpulannya agak general. Saya hanya dapat berdoa semoga anak saya dilindungi Allah.