Sunday, April 17, 2016

Le Tour de Paris - Day 2

Seperti yang dijanjikan kepada anak-anak, hari kedua kami ke Disneyland. Kami menaiki tren yang sama dengan semalam tetapi turun di stesen terakhir. Sampai di sana agak lewat dalam pukul 10am. Perancangannya mahu sampai seawal 9am tapi berjalan dengan 3 orang kanak-kanak membuatkan misi itu agak mustahil. Tiket dibeli oleh kawan saya menggunakan diskaun annual pass mereka. Kebetulan juga ada diskaun lain yang saya tak pasti namanya. Yang pasti, harga tiket diskaun untuk lawatan pada hari bekerja adalah €35/seorang untuk 2 parks.

Namun ada sedikit cabaran ketika kami cuba menukar email confirmation tersebut kepada tiket. Mungkin kami tak faham instruction yang diberi oleh kawan saya. Email tersebut perlu di bawa ke customer service, bukan ke kaunter tiket biasa untuk ditukar kepada tiket. 



Akhirnya setelah 2jam barulah kami dapat masuk. Jujur saya sangat tidak fancy Disneyland! Terlalu ramai manusia! Dan kebanyakan orang agak tidak considerate. Tambahan pula hari hujan walaupun hanya sekejap. Tapi melihat anak-anak enjoy saya pun enjoy. 



Masturah frust tak dapat bergambar dengan Brave sebab dah closed.

Mujur ada Jessie :)

Ketika menunggu Parade saya agak terkilan dengan parents yang berebut dengan anak-anak orang lain untuk duduk di bahagian depan. Ketika Parade mereka berdiri membuatkan anak-anak di belakang tidak nampak.

















p/s: Ketika parade, kamera sudah kehabisan bateri. Semua gambar captured by my IPhone 5s sahaja



Le Tour de Paris - Day 1

Hari pertama kami ke Marna La Valle yang disebut-sebut semua orang yang sudah sampai ke Paris.

Suami sahabat saya tolong belikan tiket tren Metro dan RER untuk kami sekeluarga. Dia belikan tiket dewasa dan kanak-kanak dalam gandaan 10 untuk dapat harga diskaun. Saya pun kurang faham pada awalnnya kenapa berkeping-keping tiket diberikan kepada kami. 


Mesin tiket


Tiket kanak-kanak 0.71€ jika beli dalam gandaan 10.

Metro terdekat dengan rumahnya adalah stesen Victor Hugo M2. Perlu ditukar ke RER A di stesen CDG untuk ke Marna La Valle dan Disneyland. Tak susah pun. Sistem tren di sana amat efisyen sama seperti di Stuttgart. TETAPI, perbezaan amat besar pada pandangan saya antara Paris dan Stuttgart adalah KEBERSIHAN.  Stuttgart sangat bersih tetapi di Paris sangat kotor dan berbau busuk seperti hancing. Kawan saya pernah cakap yang Paris is overrated ketika dia mula-mula sampai di sana. Paris digambarkan sebagai The city of LOVE. Benar, kerana architecture di sana amat menakjubkan tetapi kesedaran tentang kebersihan perlu dipandang serius.


Tren 2 tingkat

Di La Valle, saya hanya aim 2 butik sahaja iaitu Longchamps dan Cath Kidston. Butik lain suami saya hanya masuk untuk tengok-tengok sahaja. Tak banyak bergambar di situ kerana anak-anak sangat boring. Mak nya sahaja yang bersemangat. Kami keluar dari La Valle Village dan bergambar di kawasan berhampiran. 




Oh ya, semua tempat di Paris ada security check seperti di airport. Tak terimgat pula saya untuk mengambil gambar. Mereka akan check isi dalam beg dan scan metal di badan.

Selesai bergambar kami berjalan-jalan di dalam shopping mall sebelum ke tren untuk balik ke rumah.





Alhamdulillah, dinner disiapkan oleh tuan rumah. 

Selepas dinner kami dibawa melihat Eiffel Tower dari jauh di waktu malam.

Le Tour de Paris Spring 2016 - Intro

Saya baru touched down dari Paris semalam setelah 5 hari mengukur jalan di sana. Allahu, terasa seperti nak tercabut kaki berjalan sepanjang hari selama 5 hari  di sana. Rezeki kami, sahabat baik saya di UKM sekarang menetap di bandar Paris atas tuntutan kerja. Terasa bersalah juga menyusahkan mereka sekeluarga sebab kami pergi di hari bekerja. Tapi apakan daya, waktu itu saja harga tiket flight paling rendah.



Kami bertolak dari Glasgow ke Edinburgh menaiki kereta. Pada awalnya, kami merancang untuk naik bas shuttle dari Buchanan Bus Station ke Edinburgh Airport. Harga tiket bas dari rumah ke Buchanan adalah £7.20/return/2 adults+2 children dan harga tiket bas dari Buchanan station ke Edinburgh Airport adalah £39/return/family. Sehari sebelum bertolak, saya terima email reminder dari Easyjet beserta harga promotion parking di Edinburgh Airport yang synch dengan jadual penerbangan kami. Harga paling rendah ditawarkan adalah £28.99/5+ hari tapi kami memilih harga kedua termurah iaitu £35.99/5+ hari kerana tempat parking tersebut lebih dekat dengan airport dan nampak lebih teratur. Ada shuttle dari tempat parking tersebut ke airport. Dengan pilihan ini, kos lain yang terlibat adalah kos minyak kereta dan tenaga suami saya untuk memandu. 



Kami sampai di sana pada pukul 2pm dan terus ke kaunter untuk drop luggage. Pengalaman baru bagi saya kerana drop luggage Easyjet di Edinburgh Airport adalah self service. Beg perlu ditimbang sendiri dan scan boarding pas untuk print tag. Kemudian pasang tag tersebut di beg dan bawa beg, pasport dan boarding pass ke conveyer untuk di check oleh petugas Easyjet. 



Awek ni tolong pasang tag sebab kitorang terkial2 nak pasang sendiri

Ketika menunggu gate di buka pengumuman dibuat untuk sesiapa yang ingin volunteer untuk drop hand luggage sebagai luggage kerana flight kali ini penuh. Volunteers akan diberi speedy boarding. So, ramailah yang volunteer termasuk kami. 

Beg kuning yang di volunteer

Alhamdulillah, penerbangan lancar. Sampai di Paris CDG airport suami sahabat saya telah sedia menunggu di kawasan arrival. Perjalan dari airport ke rumahnya mengambil masa lebih 1 jam kerana Paris tersangatlah jammed. Glasgow tidak jam ok.

Tiada aktiviti pada hari pertama di Paris kerana hari sudah gelap dan perlu simpan tenaga untuk Marna La Valle untuk hari pertama kami yang official.





Tuesday, March 22, 2016

Conic Hill, Balmaha - Ladies Hiking 2016

Hi, may I know what language are you speaking?

Tanya seorang lelaki mat saleh bila saya terpandang dia. Saya tengok dia asyik memerhatikan kumpulan kami.

Its Malay. We are from Malaysia. Have you heard it before? , soal saya pula.

No, but I keep hearing it in the bus and trying to think what language it was that but I couldn’t recall. It is a very nice language. It is also nice to see you guys enjoying the day. Do you work here. I mean all of you? Soal matsaleh itu lagi.

No, we are students and today is our girls day out, jawab saya.

Owh, ok. Enjoy your day! It is really nice to see all of you!, katanya sebelum berlalu pergi ke arah bertentangan dengan kami.

Saya dapat rasakan semua orang yang nampak kami pada hari itu agak surprise. Jarang-jarang sekali mereka lihat sekumpulan wanita bertudung menaiki pengangkutan awam beramai-ramai dan kelihatan tidak kekok langsung berbual-bual sesama sendiri sambil bergelak ketawa. Di Malaysia dah biasa sangat kan :D. Di sini mereka melihat wanita bertudung seperti alien barangkali? Tapi bukan semua, sesetengah sahaja. Yang pasti mereka tidak dapat melihat situasi begini selalu.

Pada hari Ahad lepas, kami membuat aktiviti outdoor untuk wanita sahaja. Lelaki tidak dibenarkan. Dah selalu sangat aktiviti lasak untuk lelaki kan. Kali ini, kami merancang untuk mendaki bukit di kawasan Balloch. Motivasinya adalah pemandangan yang sangat menakjubkan dari puncak. Alhamdulillah cuaca amat-amat baik. Well, cuaca di Scotland sangat tak menentu selalunya. Alhamdulillah juga, pengalaman saya mendaki 2 bukit yang lebih tinggi sebelum ini sangat membantu. Kali ini saya bawa anak sulong saya. Alhamdulillah, dia sampai ke puncak dengan jayanya. Cuma, dari puncak pertama ke puncak utama dia sudah mula keletihan. Saya terpaksa bawakan begnya menuju puncak. Haha….

Bergambar di puncak bukit. Sejuk berangin.


Seramai 17 wanita + 1 kanak-kanak perempuan berjaya menawan Conic Hill, Balloch pada 20/3/2016.

Ketika di atas, kami bergambar bersama Jalur Gemilang. Ada seorang rakan saya memakai mafla lambang Palestine juga.

Is that your country flag? Tanya seorang lagi matsaleh.

Saya ingat mukanya. Dia naik bas yang sama tadi.

Yes, Malaysia flag, jawab seorang rakan saya.

Can I take a photo with you and your flag? Soalnya lagi.

Yes, of course!


Pengalaman. Pertama kali bagi mereka melihat kami. Pertama kali juga bagi saya bertemu orang-orang baik hati yang excited melihat kami.

Alhamdulillah.

Panoramic view ketika mendaki. Puncaknya di sebelah kanan. Kenapa la saya snap ke kiri :|

Panoramic view dari atas. MasyaAllah.... Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar! Majestic!

Alhamdulillah...bukan selalu dapat tgk blue sky di sini :D





Friday, February 26, 2016

Adab dan akhlak

Kita mengajar ajar anak-anak kita tentang adab dan budi bahasa di rumah dan sekolah. Tetapi contoh yang ditunjukkan oleh ahli politik sekarang amat menyedihkan. Lontaran kata-kata seperti mengumpamakan seseorang itu berperangai seperti anjing, menyebut rakan seperjuangan sebagai seorang yang bodoh menunjukkan tahap pemikiran dan akhlak seseorang itu. 
Berfikir tentang bagaimanakah akhlak generasi anak cucu kita di masa akan datang amat menakutkan. 
Semoga kita semua sentiasa berada di dalam rahmat Allah.
Ya Allah sejahterakanlah negaraku dan selamatkanlah negaraku dari pemimpin pemimpin yang zalim....😢





Wednesday, February 10, 2016

Fabric Warehouse & Glasgow Halal Foodtruck

Harini rezeki ternampak halal foodtruck di tepi jalan. Tapi di sini tak boleh parking sembarangan. Kebetulan pula foodtruck tersebut berada di kawasan parking warehouse yang agak luas. Parking £4 kalau anda bukan pelanggan warehouse tersebut. Remnant Kings Warehouse, macam Kamdar, Nagoya dan seangkatan dengannya. Menarik sangat! Tapi harga agak mahal untuk student seperti saya. Kami masuk ke warehouse tersebut dan membeli 1 benang putih. Selesai shopping, kami pun keluar dan terus ke foodtruck tadi. 


Fabric Superstore katanya. parking mmg bapak besau...
Parking spaces

Serius design2 di sini sangat cantik. Design yang susah nak jumpa di Malaysia
Owh, bukan kedai kain ela untuk buat baju ye. Lebih kepada curtain, cadar etc.

Pandangan sisi foodtruck tersebut

Pandangan depan. Ada 4 cctv ok

Monday, February 8, 2016

Hobi diy

salah satu hobi yang dapat mengurangkan kadar stress saya adalah projek diy. suami asyik komplen banyak sangat kotak di dalam rumah kami yang sekangkang kera ini. saya mencari-cari idea di internet. terjumpa diy kotak majalah di pinterest. ok, worth a try. kebetulan baru beli stiker di bonnypack. corak ala-ala cath kidston kononnya. segulung £2.10/1.5m without vat. seterusnya adalah cerita bergambar.

kotak dari chung ying

kotak yang telah ditanda

kotak yang telah dipotong

pandangan tepi 

kotak yang telah ditampal dengan sticker

pandangan depan. comot. tapi takpe, bila letak magazines nanti tak nampak pun 😊. saiz lebih kurang 2.5 x lebih besar dari saiz standard

3 kotak berjaya di diy kan 🤗