Kami bertolak dari Glasgow ke Edinburgh menaiki kereta. Pada awalnya, kami merancang untuk naik bas shuttle dari Buchanan Bus Station ke Edinburgh Airport. Harga tiket bas dari rumah ke Buchanan adalah £7.20/return/2 adults+2 children dan harga tiket bas dari Buchanan station ke Edinburgh Airport adalah £39/return/family. Sehari sebelum bertolak, saya terima email reminder dari Easyjet beserta harga promotion parking di Edinburgh Airport yang synch dengan jadual penerbangan kami. Harga paling rendah ditawarkan adalah £28.99/5+ hari tapi kami memilih harga kedua termurah iaitu £35.99/5+ hari kerana tempat parking tersebut lebih dekat dengan airport dan nampak lebih teratur. Ada shuttle dari tempat parking tersebut ke airport. Dengan pilihan ini, kos lain yang terlibat adalah kos minyak kereta dan tenaga suami saya untuk memandu.
Kami sampai di sana pada pukul 2pm dan terus ke kaunter untuk drop luggage. Pengalaman baru bagi saya kerana drop luggage Easyjet di Edinburgh Airport adalah self service. Beg perlu ditimbang sendiri dan scan boarding pas untuk print tag. Kemudian pasang tag tersebut di beg dan bawa beg, pasport dan boarding pass ke conveyer untuk di check oleh petugas Easyjet.
Ketika menunggu gate di buka pengumuman dibuat untuk sesiapa yang ingin volunteer untuk drop hand luggage sebagai luggage kerana flight kali ini penuh. Volunteers akan diberi speedy boarding. So, ramailah yang volunteer termasuk kami.
Alhamdulillah, penerbangan lancar. Sampai di Paris CDG airport suami sahabat saya telah sedia menunggu di kawasan arrival. Perjalan dari airport ke rumahnya mengambil masa lebih 1 jam kerana Paris tersangatlah jammed. Glasgow tidak jam ok.
Tiada aktiviti pada hari pertama di Paris kerana hari sudah gelap dan perlu simpan tenaga untuk Marna La Valle untuk hari pertama kami yang official.
No comments:
Post a Comment