Friday, October 30, 2015

sejuknya bumi Allah ni...

sejuknya bumi Allah ni...
tak pernah terlintas di akal fikiran ini yang saya akan berkelana jauh beribu batu dalam jihad mencari ilmu Allah.
sejupppp .... tak tipu...
semasa di Malaysia, aircond dalam rumah tak boleh rendah dari 18deg C. saya tak tahan. setiap malam tidur berstokin.
pertama kali menjejakkan kaki di sini, Allah je yang tahu sejuknya sampai ke tulang. untuk orang yang tak tahan sejuk seperti saya, dugaan ini amat besar. saya sampai ketika summer. suhu paling tinggi ketika itu adalah 19deg C. paling rendah sewaktu malam dan awal pagi sekitar 4-5deg C. saya pakai winter jaket dalam rumah. demam, minggu pertama di sini. terasa sangat magik pertama kali merasai pengalaman ini. di Malaysia, kalau nak sejuk, masuk kedai yang ada aircond. di sini, masuk kedai sebab nak haba. nak keluar rumah pun malas.
Jaket satu kemestian di sini. bukan kehendak. ia akan jadi kehendak bila ada 10-20 jaket. tak perlu kot. tapi persepsi personal saya apabila melihat orang berjaket di Malaysia adalah, orang itu suka dan pandai bergaya. sebab saya tidak. orang pakai but, saya pakai selipar, sandal ataupun kasut sukan. di sini saya kena pakai jaket. jaket labuh yang saya cari sebab banyak sikit anggota badan terlindung dari kesejukkan. 3-4 lapis baju ketika winter. sekarang winter hampir kembali. autumn pun terasa seperti winter sekarang.
jujur saya nak bagitau di sini, sebenarnya saya amat jakun dengan kesejukan melampau secara semulajadi di bumi scotland ini. tak pernah terjangkau akal fikiran saya yang sememangnya cetek ini bahawa beginilah keadaan bumi Allah di sini.
walaubagaimanapun, Alhamdulillah, dikurniakan rezeki untuk melihat bumi yang lain.



hello autumn... pic taken by me. 
location: west end, glasgow

No comments: