Friday, October 30, 2015

sejuknya bumi Allah ni...

sejuknya bumi Allah ni...
tak pernah terlintas di akal fikiran ini yang saya akan berkelana jauh beribu batu dalam jihad mencari ilmu Allah.
sejupppp .... tak tipu...
semasa di Malaysia, aircond dalam rumah tak boleh rendah dari 18deg C. saya tak tahan. setiap malam tidur berstokin.
pertama kali menjejakkan kaki di sini, Allah je yang tahu sejuknya sampai ke tulang. untuk orang yang tak tahan sejuk seperti saya, dugaan ini amat besar. saya sampai ketika summer. suhu paling tinggi ketika itu adalah 19deg C. paling rendah sewaktu malam dan awal pagi sekitar 4-5deg C. saya pakai winter jaket dalam rumah. demam, minggu pertama di sini. terasa sangat magik pertama kali merasai pengalaman ini. di Malaysia, kalau nak sejuk, masuk kedai yang ada aircond. di sini, masuk kedai sebab nak haba. nak keluar rumah pun malas.
Jaket satu kemestian di sini. bukan kehendak. ia akan jadi kehendak bila ada 10-20 jaket. tak perlu kot. tapi persepsi personal saya apabila melihat orang berjaket di Malaysia adalah, orang itu suka dan pandai bergaya. sebab saya tidak. orang pakai but, saya pakai selipar, sandal ataupun kasut sukan. di sini saya kena pakai jaket. jaket labuh yang saya cari sebab banyak sikit anggota badan terlindung dari kesejukkan. 3-4 lapis baju ketika winter. sekarang winter hampir kembali. autumn pun terasa seperti winter sekarang.
jujur saya nak bagitau di sini, sebenarnya saya amat jakun dengan kesejukan melampau secara semulajadi di bumi scotland ini. tak pernah terjangkau akal fikiran saya yang sememangnya cetek ini bahawa beginilah keadaan bumi Allah di sini.
walaubagaimanapun, Alhamdulillah, dikurniakan rezeki untuk melihat bumi yang lain.



hello autumn... pic taken by me. 
location: west end, glasgow

Wednesday, October 21, 2015

roti canai pulakkk

anakanda mintak roti canai dh 3-4 hari. beli yg frozen cost 99p/6 pieces. xde la mahai sgt kan. tp kalau hari2 nak mkn, kopak la jugak mak, anakku. 
so, gugel cari resepi. tp bila folo resepi tu, mcm sket sgt hasilnya. last2 main tambah2 ikut suka hati saya.

thank you to my kenwood mixer 😎. letak sumer benda & tinggal je. pastu buat bulat2 mcm kt bawah. rendam dlm minyak & sapu butter. 

ptg baru mencanai. tp xde plak gambar roti canaiku yg cute itu. 

kuah kari smlm ada sket lg. habis licin. Alhamdulillah x membazir 😁.

kari ikan salmon

disebabkan saya cuti harini, tangan rajin plak nk update blog. ada gambar tp malas nak taip :D

tumis bawang besar (sbb xde bawang merah), bawang putih, halba campur & daun kari.
sampai kekuningan
masukkan serbuk kari ikan yang dicairkan dgn sedikit air
sampai pecah minyak. lg lama lg bagus
masukkan santan dan air asam jawa
tunggu mendidih then masukkan ikan. 
boleh masukkan bendi ka tomato ka. semua itu tiada stok di rumah pada hari ini. makanya gulai botak jadinya.