sebenarnya saya nak share yang saya dan 2 anak perempuan saya dlm misi menghafal 10 ayat pertama dari surah alkahfi. kami bermula masa mak saya ada disini mac yg lalu. Alhamdulillah sampai hari ini anak2 telah berjaya menghafal 8 ayat! MasyaAllah... Tabarakallah... saya sgt xsangka. dan sy sendiri dpt menghafal bersama2. mak dia dh dpt 10 ayat :D. saya pernah berniat utk menghafal 10 ayat ini sejak dari malaysia lagi. tapi tiada motivasi. sy termotivasi apabila mendgr anak2 saya dpt menghafal 2 ayat dalam masa seminggu! Subhanallah! ai is kagum ok! ini mungkin disebabkan hati mereka sgt bersih. makanya senang menerima. apatah lagi kalam Allah. sekarang dalam usaha menghabiskan 2 ayat lg. semoga Allah permudahkan. misi seterusnya adalah surah almulk 1-30.
Wednesday, August 26, 2015
Alkahfi 1-10
post kalini bkn lah berniat utk bermegah2 atau riak atau apa2 yg seangkatan dgnnya. ogos genaplah setahun kami sekeluarga berkelana mencari ilmu di bumi scotland ini. kalau ditanya tentang pencapaian research phd saya, mmg tercekik nk menjawab. sbb nya mmg sgt kecik percentage nya. err nak jawab kosong percent xpatut sgt kot. tapi bukan itu tajuk post kalini.
Thursday, August 13, 2015
Scottish Crannog Center
harini last day summer school holiday. pelik jugak sekolah depa ni. dlm memo tulis school holiday sampai 7hb 8. so, pikir logik sekolah start 10hb 8 la kan. tp rupanya start 13hb. saya blom mendpt justifikasi mengapa begitu adanya.. heheh...
oleh itu, sy pun amek cuti smpi 13hb & suggested to my cik abg nk pi crannog center. tgk dlm blog mana tah macam best ja.
cut the story short. perjalanan mengambil masa lebih krg 2jam driving. ada 2 route. so sy mencadangkan kami pergi dengan 1 route, balik dgn 1 lg route. tp perjalanan dgn 3 kanak2 riang adalah mustahil utk smpi dlm masa yg di estimate. paling koman pun mao dlm 2.5 jam. bawak bekal nasik lemak. buleh breakfast smpi luncheon.
tmpt ni adalah muzium org asli sebenarnya. hat kt gombak pun ceq xpi lagi. tp xpe, rezeki dpt pi tgk org asli scotland dulu.
tiket masuk : sy amek family tiket utk 2+2 = £34. muiz below 5yrs free entry.
rezeki kami jugak, harini ada special event. ada byk activity. dpt buat flower garland (kt mesia pun ada buat dr mengkuang ke apa tah kan), buat roti dr sumer bahan original. tepung & yis pun handmade. sedap gilos. depa makan sungguh sbb masa tu dh lunch time. so mmg lapar.
beli fridge magnet je as souvenir. tp xlawa sgt.
owh, sebenaqnya nk citer pasal countryside view masa pegi dan balik. masya Allah! speechless. btol la org ckp scotland cantik. mmg cantik. utk org yg mmg appreciate scenery lah. anak saya xminat sgt. mak dia yg over. sepanjang perjalanan. subnallah, alhamdulillah, allahuakbar! tp yg sedihnya xdpt nk snap sumer view sbb xde tpt berenti. klu ada pun, susahnya nk turun sbb sumer pakat sebok nk turun. so ai is stress. seblom dreba pun stress, makcik pun jalan je le. mana sempat je snap.
gambar2 kt bwh adalah gambar dari hp masa otw balik sbb kamera gue abih bateri. really need to buy an extra bateri. so xbyk sgt. klu ada masa nt sy transfer dr kamera olympus ceq ๐.
owh, pesanan penaja. pls folo instagram: camcaperak. ๐
air terjun di killin. kt bawah laaaagi cantek. tp xdpt snap sbb susah nye nk parking. kebanyakkan matsaleh stay kt bnb pastu cycle je kt area situ. senang!
i reckon this the bridge yg appeared in Harry Potter. tp xingt HP yg mana 1.
p/s: bila ada masa, saya akan boh sumer gambar dlm ig camcaperak insyaAllah
Tuesday, August 4, 2015
islam mendidik kita redha dan beriman kepada qada dan qadar. melayu selalu berpesan jaga kata2. takut org berkecil hati.
adakah kerana ini bangsa kita semakin mundur. tahap pendidikan rakyat malaysia, bangsa melayu islam secara khusus amat membanggakan sekarang. tp kenapa masih terasa akan kemunduran bangsaku. adakah kerana melayu terlalu mengagungkan bangsanya? sehingga terlepa nilai2 yg dididik islam. andaikan islam dijadikan panduan hidup, pastinya hidup kita akan sejahtera. kerana islam sendiri maksudnya sejahtera. sudah sampai masa untuk kita tidak mengagung agungkan bangsa secara terlampau. tak mustahil kisah tuah jebat akan berulang. walaupun ia hanya sekadar mitos.
saya runsing melihat keadaan semasa negara saya. semoga Allah melindungi Malaysia dari kepimpinan yang zalim.
semoga Malaysia kembali sejahtera seperti dahulu dan lebih maju jaya di masa depan.
Saturday, August 1, 2015
stove top pizza... wallaaa...๐
muiz sgt sukaaaa pizza. klu beli instant pizza kt tesco mmg dia sorg je pulun...
so suatu hari ada org share video cara buat pizza mudah... makanya aku pun buat lah.
resepinya:
1/2 cup self raising flour
1/2 cup plain flour
2/3 cup warm water
pinch of salt
1 tsb honey
1 tsb yeast
sos bolognese segera๐
cheese
ini pizza vegetarian. apa benda pun xboh.
cook for 5 min with vent closed
cook for another 10 min
hurmmm...
tp stok kt umah xde self raising flour, thanks to chef gugel
substitute self raising flour adalah:
3/4 cup all purpose flour
1 tsp baking powder
1/4 tsp salt
kuantiti yg diperlukan ada 1/2 cup,
jom kita matematik sket
3/4 cup = 1 tsp
1 cup = 1 tsp x 4/3
1/2 cup = 4/3 tsp x 2 = 8/3 tsp or 2 2/3 tsp baking powder
klu pan 28inch tu tebal sket jd roti dia. masak api paling slow dlm 20-25 min.
2nd attempt masak dlm 2 pan. 1 besar 1 kecik. cpt sket masak nya. xsampai 10min. tp agaknya sbb api medium kot...
Subscribe to:
Posts (Atom)