Wednesday, June 15, 2016

Le Tour de Paris - Day 5

Lamanya hutang cerita hari terakhir ni. Akak dh lupa dik segala details nya. Aduh.... ampun ye.
Hari terakhir di kota Paris kami ke Arc de Triomphe. Saya hendak naik ke atas. 200+ anak tangga. Suami tidak berminat, jadi hanya saya dan the girls sahaja yang memanjat tangga. Lupa pulak berapa harga tiket untuk naik ke atas. InsyaAllah nanti saya akan update.
Tak terasa penat pun naik sampai ke atas kerana ada beberapa pitstop sebelum sampai ke atas. 

Selesai bergambar kami turun ke bawah untuk bergambar. Saya kena warning kerana tripod tidak dibenarkan rupanya di situ. Maka selfie saja lah. Kemudian kami bergerak melintas jalan di depan untuk mengambil gambar yang lebih jelas.
Selesai bergambar kami berjalan-jalan sekitar situ dan mencari kedai halal untuk lunch. Jauh jugak berjalan dengan bantuan zabihah apps. Kemudian kami balik ke rumah sahabat saya untuk berkemas balik ke Glasgow. 
....