Tuesday, March 22, 2016

Conic Hill, Balmaha - Ladies Hiking 2016

Hi, may I know what language are you speaking?

Tanya seorang lelaki mat saleh bila saya terpandang dia. Saya tengok dia asyik memerhatikan kumpulan kami.

Its Malay. We are from Malaysia. Have you heard it before? , soal saya pula.

No, but I keep hearing it in the bus and trying to think what language it was that but I couldn’t recall. It is a very nice language. It is also nice to see you guys enjoying the day. Do you work here. I mean all of you? Soal matsaleh itu lagi.

No, we are students and today is our girls day out, jawab saya.

Owh, ok. Enjoy your day! It is really nice to see all of you!, katanya sebelum berlalu pergi ke arah bertentangan dengan kami.

Saya dapat rasakan semua orang yang nampak kami pada hari itu agak surprise. Jarang-jarang sekali mereka lihat sekumpulan wanita bertudung menaiki pengangkutan awam beramai-ramai dan kelihatan tidak kekok langsung berbual-bual sesama sendiri sambil bergelak ketawa. Di Malaysia dah biasa sangat kan :D. Di sini mereka melihat wanita bertudung seperti alien barangkali? Tapi bukan semua, sesetengah sahaja. Yang pasti mereka tidak dapat melihat situasi begini selalu.

Pada hari Ahad lepas, kami membuat aktiviti outdoor untuk wanita sahaja. Lelaki tidak dibenarkan. Dah selalu sangat aktiviti lasak untuk lelaki kan. Kali ini, kami merancang untuk mendaki bukit di kawasan Balloch. Motivasinya adalah pemandangan yang sangat menakjubkan dari puncak. Alhamdulillah cuaca amat-amat baik. Well, cuaca di Scotland sangat tak menentu selalunya. Alhamdulillah juga, pengalaman saya mendaki 2 bukit yang lebih tinggi sebelum ini sangat membantu. Kali ini saya bawa anak sulong saya. Alhamdulillah, dia sampai ke puncak dengan jayanya. Cuma, dari puncak pertama ke puncak utama dia sudah mula keletihan. Saya terpaksa bawakan begnya menuju puncak. Haha….

Bergambar di puncak bukit. Sejuk berangin.


Seramai 17 wanita + 1 kanak-kanak perempuan berjaya menawan Conic Hill, Balloch pada 20/3/2016.

Ketika di atas, kami bergambar bersama Jalur Gemilang. Ada seorang rakan saya memakai mafla lambang Palestine juga.

Is that your country flag? Tanya seorang lagi matsaleh.

Saya ingat mukanya. Dia naik bas yang sama tadi.

Yes, Malaysia flag, jawab seorang rakan saya.

Can I take a photo with you and your flag? Soalnya lagi.

Yes, of course!


Pengalaman. Pertama kali bagi mereka melihat kami. Pertama kali juga bagi saya bertemu orang-orang baik hati yang excited melihat kami.

Alhamdulillah.

Panoramic view ketika mendaki. Puncaknya di sebelah kanan. Kenapa la saya snap ke kiri :|

Panoramic view dari atas. MasyaAllah.... Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar! Majestic!

Alhamdulillah...bukan selalu dapat tgk blue sky di sini :D