saya sorg 'so called' friend di uni or di opis. kenapa 'so called'? sbb kami xpenah bercakap pun. tegur gitu2 je, good morning & good night, senyum2 lebih kurang.
she is a devoted jewish lady. kami tak pernah sembang isu2 ini. tp bila dia jumpa geng, terdgr jugak la depa sembang, mereka sgt memandang tinggi israel. i feel offended. sgt! terbyg kezaliman zionis di bumi palestine. xboleh nak terima perbualan mereka. tp mereka xkacau org lain. masih ada hormat sesama manusia. respect itu penting.
satu hari kami ada ekpedisi hiking. jauh jugak destinasi tu. kena naik tren lebih krg sejam. saya duduk sebelah my 'so called' fren ini. mcm2 la jugak sembang. di luar topik student. sembang isu2 biasa pompuan. salah satu nya topik masak2. dia makan kosher. maksudnya dia makan daging halal jugak. dia bercerita pernah ke singapore mkn halal beef. sgt sedap katanya tp tak tahu nama masakan tersebut. saya rasa rendang kot. dia tanya mcm mana kita masak savoury menu dgn santan. dia xtau santan boleh dimasak begitu. katanya di tempat asalnya (membesar dia carribean kemudian ke france), santan hanya untuk desert. owhhh, apa lagi. saya pun bercerita lah mcm2 masakan melayu bersantan nih. nmpk dia begitu excited.
namun, dalam byk2 benda yg disembangkan, satu perkara yang menangkap dan melekat di ingatan saya adalah,katanya dia nak tukar sumer masakan yg berunsurkan dairy kepada santan sbb nak kembali kepada nature. tak mahu sumber dari binatang. cliche bukan. it is totally opposite dgn kita org malaysia. kita nak tukar santan kepada susu dlm masakan atas sebab2 kesihatan.....
sekian. itu je nak citer🤗