tak tercapai dek akal ku yg jahil ini di zaman serba canggih ini, masih ada tamadun yg menghalalkan pembunuhan manusia secara terbuka. saya tak menulis tentang peperangan harap maklum. bg yg cuba membuka mata tentang apa yg sebenarnya terjadi di palestine, mesir, syria , rohingya dll mungkin faham dgn luahan sy ini. at one point, sy rasa sy amat berterima kasih dgn kewujudan facebook. dulunya kita hanya bergantung kepada berita utama pukul 8 shj utk mengetahui berita semasa dan terkini. tp skg tidak perlu lagi. setiap minit ada update dari mesirkini contohnya. pedih hati setiap kali membaca berita2 kesyahidan para syuhada di mesir, melihat gambar2 kezaliman terhadap pembunuhan wanita dan kanak2. benar kata erdogan, anda tak perlu menjadi muslim utk bersimpati kepada rakyat mesir, anda hanya perlu menjadi manusia.
owh saya masih tertanya2 di mana pendirian malaysia? seperti turki atau arab saudi? negara kristian seperti venezuela pun telah menyatakan pendirian mereka. di mana pendirian negara2 OIC?
ps: di kejauhan ini, hanya doa yg mampu diutuskan. semoga islam menemui kemenangan mutlak di bumi mesir.
ameen